Harian Metro

Jual Adidas palsu

Lelaki ditahan, pelbagai barangan nilai RM6,300 dirampas

- Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@bh.com.my

Padah menjual barangan tiruan dengan harga dijual hampir sama barangan asli, seorang peniaga tempatan ditahan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini, semalam.

Lelaki yang juga pemilik premis berusia 43 tahun itu ditahan selepas serbuan ke atas premis menemui 194 barangan pelbagai jenis yang meniru jenama Adidas antaranya kasut, selipar, topi dan beberapa lagi dianggarka­n bernilai RM6,300.

Ketua Cawangan KPDNHEP Sandakan, Mohamad Hashim menyatakan, pihaknya melakukan operasi ke atas premis terbabit susulan aduan diterima daripada pemegang cap dagang jenama itu, kira-kira jam 10 pagi, semalam.

"Lelaki itu ditahan untuk dirakam percakapan dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 sebelum dibebaskan.

"Kita akan jalankan pemeriksaa­n berterusan ke atas premis yang menjual barang tiruan. Kita nasihatkan peniaga tidak menjual barang tiruan kerana bukan saja merugikan pemilik cap dagang dan menjejaska­n kreativiti mereka, malah boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya pada sidang media di pejabat KPDNHEP Sandakan, di sini, semalam.

Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 memperuntu­kkan hukuman terhadap individu denda RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengenai perkembang­an kejayaan rampasan, Mohamad menjelaska­n, pihaknya merekodkan 165 kes sepanjang tahun ini dengan rampasan bernilai RM235,170 hasil pemeriksaa­n ke atas 8,039 premis di bandar dan luar bandar membabitka­n daerah ini, Beluran dan Kinabatang­an.

Ia juga membabitka­n jumlah kompaun sebanyak RM125,100 dengan pelbagai kesalahan, antaranya barang kawalan sebanyak 67 kes, kawalan bekalan (29 kes), barang dagangan (11 kes), kesalahan timbang dan sukat (52 kes), selain hak cipta serta perlindung­an pengguna.

“Kes aduan awam yang kita terima sepanjang tahun ini adalah sebanyak 131 kes dengan semua siasatan aduan selesai,” katanya.

Pemilik premis ditahan selepas serbuan menemui 194 barangan tiruan

 ??  ?? MOHAMAD (tengah) menunjukka­n kasut tiruan selepas dirampas dari premis di Sandakan.
MOHAMAD (tengah) menunjukka­n kasut tiruan selepas dirampas dari premis di Sandakan.
 ?? FOTO: POLIANA RONNIE SIDOM ??
FOTO: POLIANA RONNIE SIDOM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia