Harian Metro

Budak sesat masih belum ditemui

-

Bintulu: Usaha pencarian seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai tersesat di kawasan belakang rumah panjang Galin Andam, Jalan Bintulu - Miri sejak dua hari lepas diteruskan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superinten­dan Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan media semalam mengesahka­n, mangsa Stanley Seli, 11, hilang sejak jam 8 pagi Selasa lalu, dipercayai masuk ke dalam kawasan hutan belakang rumah panjang.

Pada mulanya, ibu bapa mangsa menunggu kepulangan mangsa, namun mereka mulai bimbang dengan keselamata­n anak mereka itu kerana tidak balik ke rumah meskipun sudah tengah hari.

“Bimbang sesuatu buruk berlaku, ibu bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anak lelaki mereka semalam bagi membolehka­n polis menjalanka­n siasatan,” katanya.

Justeru katanya, polis Bintulu dengan bantuan dua anjing pengesan, bersama-sama anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu dengan bantuan penduduk kampung memulakan usaha pencarian di sejak kelmarin.

Setakat ini, katanya, belum ada sebarang petunjuk mangsa akan ditemui yang mana usaha pencarian disasarkan dalam radius tiga kilometer dari kawasan terakhir mangsa kali terakhir dilihat.

“Usaha pencarian semalam bermula jam 8 pagi mensasarka­n pencarian sekitar hutan belakang rumah panjang dan tebingan sungai berdekatan,” ujarnya.

Kali terakhir mangsa dilihat keluar dari rumah panjang memakai baju singlet berwarna biru dan berseluar panjang warna kelabu.

 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia