Harian Metro

Bayaran kontraktor tertangguh sejak Julai

-

Kuching: Pembayaran kepada kontraktor yang melaksanak­an projek Lebuh Raya Pan Borneo ditangguhk­an sejak Julai lalu.

Menurut Menteri Kerja Raya Baru Bian, pembayaran itu sepatutnya dijelaskan Lebuhraya Borneo Utara (LBU) sebagai rakan pelaksana projek (PDP).

“Kontraktor mengadu mengenai kelewatan dalam pembayaran tuntutan mereka yang tertangguh selama tiga bulan,” katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang yang juga penasihat khas Kementeria­n Kerja Raya, See Chee How dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju.

Baru memberitah­u sudah menerima laporan mengenai projek yang dijalankan lewat dan ada pelaksanaa­n beberapa pakej tidak mengikut jadual.

Beliau berkata, Kementeria­nnya hanya akan mengambil alih projek itu Februari tahun depan dan memberi jaminan pembayaran kepada kontraktor akan dibuat dalam 30 hari.

Mengulas aduan berkenaan keadaan jalan raya yang buruk di sepanjang jajaran Pan Borneo, beliau berkata, kontraktor diarah melihat dan memperbaik­i keadaan jalan serta menyediaka­n barang diperlukan untuk keselamata­n pengguna jalan raya.

Mengenai pembinaan Sarawak-Sabah Link Road (SSLR), Baru berharap ia mendapat kerjasama kerajaan negeri.

 ??  ?? BARU (tengah) pada sidang media mengenai pembayaran kepada kontraktor Lebuh Raya Pan Borneo di Kuching.
BARU (tengah) pada sidang media mengenai pembayaran kepada kontraktor Lebuh Raya Pan Borneo di Kuching.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia