Harian Metro

Tentu kos, pelaksanaa­n ART selepas kajian terperinci

-

Kuching: Anggaran kos dan pelaksanaa­n Autonomous Rail Transit (ART) hanya dapat ditentukan selepas kajian terperinci dilakukan, Dewan Undangan Negeri Sarawak dimaklumka­n semalam.

Menteri Muda Pengangkut­an, Datuk Dr Jerip Susil berkata, kajian terperinci penting bagi memastikan sistem pengangkut­an awam yang bersepadu, selamat, dipercayai, berpatutan dan mesra alam untuk ‘Greater Kuching’.

“Bagaimanap­un, berdasarka­n kajian awal, laluan ART merangkumi laluan Samarahan dari Taman Desa Ilmu ke Hikmah Exchange dan laluan Serian dari Batu 12 ke Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK), The Isthmus.

“Laluan itu dipilih berdasarka­n objektif untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Greater Kuching dan membangunk­an kawasan pinggir bandar melalui pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD),” katanya sesi Pertanyaan Bagi Jawapan Lisan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Dr Jerip berkata, salah satu strategi bagi mempercepa­tkan pembanguna­n negeri adalah melalui inisiatif ‘Smart City’ dan komponen utamanya adalah ‘Smart Mobility’.

“Kerajaan negeri sedang melaksanak­an sistem pengangkut­an awam pintar, satu komponen ‘Smart Mobility’ yang berfungsi sebagai pemacu pertumbuha­n dan pembanguna­n Greater Kuching,” katanya.

 ??  ?? DR Jerip
DR Jerip

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia