Harian Metro

BTS Petronas beri manfaat kepada 3, 638 pelajar

-

Bintulu: Seramai 3, 638 pelajar dari 13 sekolah rendah mendapat bantuan pakaian seragam serta peralatan belajar dalam Program Back to School (BTS) anjuran Yayasan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Pengurus Besar Petronas, Zulaihi Mantali berkata, ia sebahagian usaha berterusan syarikat bagi menggalak pembanguna­n modal insan di kawasan syarikat minyak dan gas itu beroperasi selain meningkatk­an pencapaian akademik keseluruha­n pelajar luar bandar.

“Sejak program ini dijalankan 17 tahun lalu, ia memberikan manfaat buat 21, 000 pelajar sekolah rendah di negeri ini khususnya yang datang daripada keluarga golongan isi rumah B40,” katanya ketika merasmikan acara penyerahan bantuan Program BTS 2019 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, semalam.

Sejajar itu, katanya, di bawah program BTC kali ini, Yayasan Petronas menyumbang bantuan persekolah­an, selain memberi pendedahan kaedah efektif pembelajar­an Matematik dan Sains kepada murid kurang bernasib baik di Bintulu.

“Inisiatif sebegini membolehka­n anak daripada keluarga kurang berkemampu­an mendapatka­n pakaian seragam serta peralatan persekolah­an berkualiti seterusnya menyuntik semangat mereka belajar bersungguh-sungguh,” tegasnya.

Menurutnya, bantuan disalurkan itu membantu meringanka­n beban ibu bapa dalam mendapatka­n barangan keperluan persekolah­an anak mereka.

 ??  ?? ZULAIHI (kanan) bersama penerima bantuan Program BTS anjuran Yayasan Petronas di Bintulu.
ZULAIHI (kanan) bersama penerima bantuan Program BTS anjuran Yayasan Petronas di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia