Harian Metro

Elak nasib gajah seperti badak sumbu

-

Kota Kinabalu: Kerajaan tidak akan membiarkan spesies gajah pygmy Borneo di negeri ini berdepan nasib sama seperti badak sumbu Sumatera yang kini hanya tinggal seekor dan bakal pupus bila-bila masa.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew, menyatakan komitmen memastikan kelangsung­an hidup mamalia itu dan terus terpelihar­a menerusi kerjasama pelbagai pihak berkepenti­ngan di negeri ini.

Beliau turut berharap, Platun Tiger, Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah digerakkan secepat mungkin bagi membantu Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) melindungi hidupan liar, khususnya gajah.

Ia sejajar pengumuman Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador Isnin lalu yang mengerahka­n Platun Tiger dari lima batalion di negeri ini membantu menangani jenayah terhadap hidupan liar dalam usaha melindungi spesies haiwan terancam itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia