Harian Metro

Tiga penyeludup bawa minuman keras ditahan

-

Sandakan: Cubaan tiga lelaki menyeludup pelbagai jenis minuman keras gagal apabila mereka diberkas ketika melalui Pusat Pemeriksaa­n Jalan (PPJ) Sapi Nangoh, dekat Beluran, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, semua suspek ditahan selepas didapati membawa pelbagai minuman keras import tanpa sebarang dokumen yang sah.

Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan Superinten­dan Toipi Lamat berkata, semua suspek yang ditahan berusia 19 hingga 49 tahun.

Katanya, ketiga-tiga lelaki itu yang menaiki lori kargo cuba melalui pusat pemeriksaa­n berkenaan sebelum ditahan selepas anggota PGA menemui 11 kotak berisi pelbagai jenis minuman keras.

“Anggota bertugas meminta suspek mengemukak­an keterangan sah untuk membawa barangan berkenaan, namun mereka gagal mengemukak­an sebarang dokumen.

“Semua suspek ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan pihaknya terus komited melaksana operasi bagi membantera­s penyeludup­an.

Sementara itu, Toipi memberitah­u, dalam pemeriksaa­n jalan yang sama, pihaknya menahan dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki pendatang asing tanpa izin (Pati).

“Anggota bertugas yang membuat sekatan jalan raya di lokasi itu menahan tiga individu terbabit selepas mereka mengemukak­an dokumen pengenalan diri sah.

“Semua suspek dipercayai warga Indonesia dan mereka disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

 ??  ?? MINUMAN keras yang dirampas ketika melalui Pusat Pemeriksaa­n Jalan (PPJ) Sapi Nangoh, dekat Beluran.
MINUMAN keras yang dirampas ketika melalui Pusat Pemeriksaa­n Jalan (PPJ) Sapi Nangoh, dekat Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia