Harian Metro

AN19 iktiraf penggiat seni nasyid

-

Selepas dua tahun menyepi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) kembali menganjurk­an Anugerah Nasyid 19 (AN19) pada 30 November ini.

Program bakal diadakan di Dewan Besar Ikim, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur itu akan menyaksika­n 11 kategori dipertandi­ngkan. Pemangku Pengarah Pusat Media Ikim, Mahathir Shaharuddi­n berkata, acara anugerah dwitahunan itu sebagai pengiktira­fan kepada penggiat seni nasyid.

“Sambutan diterima daripada pendengar Carta Nasyid Ikim setiap minggu juga sangat baik. Malah, pencalonan lagu yang layak bertanding untuk AN19 ini disaring berdasarka­n undian pendengar sejak Mac 2018 hingga April lalu,” katanya dalam sidang media program berkenaan, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Ikim, Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin.

Mahathir berkata, bagi AN19 ini penilaian juga tidak hanya bertemakan lagu nasyid, tetapi karya berciri ketuhanan, kerohanian dan kemanusiaa­n pun diambil kira.

“Nasyid masih relevan dan memiliki kelompok pendengar tersendiri yang tergolong daripada kanakkanak, dewasa dan berusia. Cuma, pada penganjura­n AN19 ini platform digital menjadi pilihan Ikim untuk siaran langsung nanti.

“Penonton boleh menyaksika­nnya secara dalam talian melalui saluran www.ikim.my dan www. tvikim.my,” katanya.

Katanya, seiring kepesatan pengaruh platform digital dan media sosial yang menjadi pilihan masa kini, Ikim juga enggan ketinggala­n.

Sebanyak 11 kategori dipertandi­ngkan membabitka­n Juara

Anugerah Lagu Terbaik,

Naib Juara Anugerah Lagu Terbaik, Ketiga Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah

Lirik Terbaik, Anugerah

Vokal Terbaik, Anugerah Persembaha­n Terbaik, Anugerah Artis Baru Terbaik dan Anugerah Muzik Video Terbaik.

Turut dimuatkan ialah anugerah berdasarka­n pilihan pendengar serta penonton seperti Anugerah Lagu Pilihan, Anugerah Artis Solo Pilihan dan Anugerah Artis Duo/ Berkumpula­n Pilihan.

 ??  ?? KUMPULAN Reunic pertaruhka­n lagu Bertemu Semula.
KUMPULAN Reunic pertaruhka­n lagu Bertemu Semula.
 ??  ?? MAHATHIR
MAHATHIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia