Harian Metro

Peluang ‘naik’ Liga Super

UiTM nanti peluang isi slot dikosongka­n PKNS

-

Jika PKNS menjadi ‘feeder club’’ kepada Selangor, maka UiTM yang menghuni tangga kelima Liga Perdana musim ini, berpeluang menjadi pasukan bertaraf universiti pertama beraksi di Liga Super, musim depan.

Walaupun perkara terbabit belum diputuskan namun menurut sumber, mesyuarat bersama semua pihak terbabit sudah sebulat suara memilih UiTM menggantik­an tempat PKNS untuk beraksi di Liga Super.

Beliau berkata, perkara itu sudah diketahui oleh pengurusan UiTM dan perlu bersedia bersaing dengan pasukan gergasi lain.

“Difahamkan, meskipun melanggar peraturan garis masa, permohonan Selangor untuk menjadikan PKNS FC sebagai ‘feeder club’ mereka sudah diluluskan dan PKNS FC akur dengan keputusan itu.

“Bagi menggantik­an tempat PKNS, kemungkina­n tiada playoff sebaliknya pasukan tangga kelima, UiTM bakal dinaikkan pangkat, sekali gus menjadi pasukan bertaraf universiti pertama bermain di Liga Super,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Mengikut kedudukan Liga Perdana, UiTM berada di tangga kelima, di belakang dua ‘feeder club’ lain iaitu Johor Darul Ta’zim ll (JDT ll) dan T-Team, manakala Sabah dan PDRM pula sudah mengesahka­n tempat ke Liga Super.

Pasukan bertaraf feeder tidak layak bermain bersama skuad utama seterusnya memberi laluan kepada pasukan lain untuk dinaikkan ke Liga Super.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sebulat suara menerima penggabung­an PKNS FC sebagai ‘feeder club’ bagi mengharung­i kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Selain itu, FAS mengaku penggabung­an berkenaan bakal memantapka­n lagi struktur pentadbira­n skuad

Red Giants.

Penggabung­an itu memberi peluang kepada semua pasukan untuk menyusun semula struktur pentadbira­n bagi menjadikan­nya lebih efektif dan profesiona­l selain mengurangk­an jurang antara skuad Liga Super dengan pasukan Piala Presiden.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd ketika dihubungi hanya memaklumka­n supaya menunggu laporan rasmi yang akan dikeluarka­n dalam masa terdekat.

‘ UiTM bakal dinaikkan pangkat, sekali gus menjadi pasukan bertaraf universiti pertama bermain di Liga Super,” Sumber

 ??  ?? SKUAD UiTM FC perlu bersedia hadapi pasukan gergasi sekiranya layak beraksi di Liga Super musim depan.
SKUAD UiTM FC perlu bersedia hadapi pasukan gergasi sekiranya layak beraksi di Liga Super musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia