Harian Metro

-SULTAN NAZRIN SHAH

"Jika tahap kemiskinan yang mereka alami, sehingga terlupa hukum halal haram, ternyata ada institusi agama tidak memenuhi tanggungja­wab,"

- Oleh Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@ hmetro.com.my

Dua insiden membabitka­n timbunan beras dan bekalan susu yang jatuh di atas jalan dan kemudian dikutip orang ramai menarik perhatian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerusi titah pada Majlis Syarahan Diraja Sambutan Jubli Emas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) di sini.

Sultan Nazrin bertitah, akhbar pada 26 Julai 2017 melaporkan, orang ramai di sebuah perkampung­an berkerumun mengutip timbunan beras yang jatuh daripada sebuah lori membawa muatan 40 metrik tan bekalan.

Baginda bertitah, pada 31 Julai lalu, sebuah treler membawa muatan susu terbalik di sebuah kampung, menyebabka­n ribuan stok susu bertaburan di atas jalan, manakala rakaman video berdurasi 34 saat tular di laman sosial Facebook dan WhatsApp memaparkan penduduk kampung berpusu-pusu mengutip susu untuk dibawa balik ke rumah.

Pada masa sama, baginda turut bertitah, satu lagi klip video memaparkan insiden yang berlaku pada 28 Julai lalu menyaksika­n tiga tan botol berisi air Cola jatuh di lebuh raya di sebuah negara bukan Islam.

“Pejalan kaki dan pemandu kereta bekerjasam­a mengutip botol Cola berkenaan untuk dikembalik­an kepada pemandu trak dan tidak ada satu pun botol Cola yang hilang.

“Tiga insiden kemalangan jalan raya di tiga tempat, dua kejadian di Malaysia sementara kejadian ketiga di sebuah negara bukan Islam. Pemandu yang mencari rezeki dengan memandu lori, dipercayai bergaji kecil tentunya berada dalam keadaan sangat tertekan menghadapi kemalangan yang berlaku.

“Dua kemalangan yang berlaku di Malaysia melihat reaksi yang sama, orang ramai berebut-rebut mengambil barangan yang bersepah di jalan raya, sementara insiden di sebuah negara lain menunjukka­n orang ramai membantu mengumpul barang bersepahan untuk dikembalik­an kepada pemandu,” titah baginda pada Majlis Syarahan Diraja Sambutan Jubli Emas MKI di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof merangkap Timbalan Pengerusi MKI dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Sultan Nazrin bertitah, baginda juga menyaksika­n di banyak negara, akhbar dan majalah diletakkan di serata tempat secara terbuka dan pembeli membayar wang secara memasukkan ke dalam kotak selepas mengambil akhbar dan tiada berlaku kejadian akhbar diambil tanpa bayaran atau kotak berisi wang dibawa lari.

Mengulas lanjut, baginda bertitah, adakah tahap kemiskinan begitu memudaratk­an menjadi faktor penyebab sehingga penduduk di dua kampung berkaitan berebut mengambil makanan yang bukan hak mereka daripada tumpahan lori.

“Jika demikian tahap kemiskinan yang mereka alami, sehingga terlupa hukum halal haram, ternyata ada institusi termasuk institusi agama yang tidak memenuhi tanggungja­wab untuk membantu nasib penduduk sedemikian darurat, daif dan miskin,” titahnya.

Sementara itu, Sultan Nazrin bertitah, umat Islam mempunyai tanggungja­wab membantu negara, merangka formula, memperkena­lkan program Islam lebih berkesan, menyemai kembali pegangan tauhid dan keimanan kukuh supaya nilai murni, jujur, amanah dan ikhlas menjadi darah daging kepada setiap ummah.

 ??  ??
 ??  ?? SULTAN Nazrin bersalaman dengan orang ramai selepas Majlis Syarahan Diraja Sambutan Jubli Emas MKI.
SULTAN Nazrin bersalaman dengan orang ramai selepas Majlis Syarahan Diraja Sambutan Jubli Emas MKI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia