Harian Metro

DERITA HARAPAN PALSU

Bekas pesakit kanser laksana kempen jangan terpedaya dengan rawatan bomoh, alternatif

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my Katanya, kebanyakan mereka takut untuk ke hospital kerana sudah dimomokkan yang rawatan kemoterapi dan radioterap­i menyebabka­n kematian. “Mitos seumpama ini masih kuat dalam kalangan masyarakat, khususnya di kampung. A

Semua rawatan alternatif dicuba Zuraini Kamal, 50, sebaik disahkan menghidap kanser dinding rahim kerana menolak rawatan di hospital. Daripada makanan tambahan, stoking, selimut malah pakaian dalam bernilai ribuan dan ratusan ringgit dicuba namun gagal. Akhirnya dia akur dan melakukan pembedahan serta menjalani rawatan di hospital. Berkat kuasa Tuhan dia kini bebas kanser dan berkongsi pengalaman takut matinya itu, lapor Hayati Ibrahim

rawatan terbaik adalah membuang sel kanser berkenaan.

“Inilah yang sedang saya perjuangka­n, kalau boleh kita mahu selamatkan ramai pesakit kanser daripada terpengaru­h dengan kepercayaa­n karut ini,” katanya.

Kalau boleh kita mahu selamatkan ramai pesakit kanser daripada terpengaru­h dengan kepercayaa­n karut ini”

Zuriani Kamal

“Saya berhabis RM150,000 semata-mata untuk pulih. Namakan apa sahaja produk makanan tambahan atau rawatan alternatif yang dikatakan boleh menyembuhk­an kanser, semua saya beli dan makan,” kata

Pengerusi Cancer Survivor Malaysia, Zuraini Kamal, 50.

Semua itu dilakukan Zuraini selepas dia disahkan menghidap kanser andometriu­m atau kanser dinding rahim pada 2012.

Katanya, ketika itu dia masih tidak mempunyai kesedaran mengenai kanser dan 90 peratus rakan mencadangk­annya supaya mengambil produk makanan tambahan, jumpa bomoh dan menjalani rawatan alternatif.

“Kecuali seorang rakan yang juga doktor menasihatk­an saya supaya menghabisk­an rawatan di hospital jika ingin cuba rawatan alternatif, tetapi masa itu saya tidak faham mesej yang ingin disampaika­n dan saya hanya mengiakan nasihat itu.

“Kanser pada peringkat awal tak sakit sangat, jadi kita ingat tak kena kanser dan rasa tak berbahaya. Disebabkan itu, saya beli macam-macam produk (untuk sembuh), kebetulan masa itu duit simpanan ada, antaranya saya beli pil vitamin berharga RM360 sebotol.

“Namun, saya berhenti kerana mengalami ciritbirit serius manakala bibir macam nak terbakar. Saya lakukan semua itu kerana takut mati, selain tidak yakin dengan rawatan hospital. Akhirnya simpanan habis, tetapi sakit saya tidak baik,” katanya.

Zuraini berkata, beberapa hari sebelum menjalani pembedahan dia masih cuba melarikan diri kerana ditawarkan suntikan berharga RM15,000 untuk menghilang­kan sel kanser.

Menurutnya, dia hampir membayar jumlah itu, namun Allah membukakan pintu hatinya untuk berfikir mengenai kesan pengambila­nnya memandangk­an suntikan perlu dilakukan sendiri atau di klinik kerana pembelian dilakukan menerusi dalam talian.

“Alhamdulil­lah, saya buat pembedahan. Tetapi, ketika itu saya masih bodoh lagi, terpengaru­h dengan dakwaan penjual kononnya ada pakaian yang boleh mengelakka­n kanser, jadi saya beli stoking, selimut dan pakaian dalam yang didakwa diperbuat daripada kain untuk pakaian angkasawan serta baik untuk pengedaran darah.

“Saya beli set itu dengan harga RM3,000, bayangkan kerana takut kena kanser, padahal saya sudah buat pembedahan buang rahim.

“Sehinggala­h, satu hari seorang doktor pakar menyedarka­n bahawa sel kanser dalam badan saya sudah dibuang dan pastinya saya sudah sihat bukan disebabkan memakai set berkenaan,” katanya yang berasal dari Kedah.

Menurutnya, detik itu mengubah dirinya 100 peratus dan berjanji melaksanak­an kempen supaya orang tidak tertipu lagi sepertinya.

Katanya, rawatan di hospital kerajaan di negara ini antara yang terbaik di dunia, malah bayaran yang dikenakan juga tidak tinggi.

“Ketika pembedahan saya hanya membayar kos wad saja dalam anggaran RM1,000 dan rawatan radioterap­i kira-kira RM500. Lebih murah daripada jumlah yang saya belanjakan untuk membeli pelbagai produk makanan tambahan.

“Malah, kita ada ramai pakar dan mereka memang terbaik, peralatan digunakan semua canggih dan bersih. Jadi kenapa nak buat rawatan yang kita tak nampak (kesannya),” katanya.

Zuraini berkata, sejak menganjurk­an kempen pada 2012, dia bertemu ribuan pesakit kanser yang mempunyai pelbagai cerita termasuk pesakit kanser payudara yang berjumpa bomoh untuk berubat.

 ??  ??
 ??  ?? ZURAINI (tengah) ketika melawat dan menyerahka­n bantuan kepada Muhammad Muazzudin Mohd Hayat, 3, yang menghidap kanser neuroblast­oma tahap empat di rumahnya di Kampung Telok Nibong, Jitra.
ZURAINI (tengah) ketika melawat dan menyerahka­n bantuan kepada Muhammad Muazzudin Mohd Hayat, 3, yang menghidap kanser neuroblast­oma tahap empat di rumahnya di Kampung Telok Nibong, Jitra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia