Harian Metro

Terminal ‘rumah’ 3 beranak

Sekeluarga huni Terminal 1 selepas isteri disah hidap sakit mental

- Oleh Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Anak tunggalnya yang berusia lima tahun hanya tidur beralaskan tikar nipis di atas meja simen manakala dia dan isteri hanya mampu melelapkan mata di kerusi menunggu di Terminal 1 Seremban, di sini, sejak lebih seminggu lalu.

Semuanya kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah ditambah dengan kos pengangkut­an dari Nilai ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, memandangk­an isterinya dirawat di wad Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental hospital berkenaan.

Tiga beranak itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali menumpang di stesen bas berkenaan dan mengharapk­an ihsan orang ramai untuk memberikan mereka makanan sebagai alas perut.

Azmi Yusof, 54, berkata, isterinya, Noorlida Shaari, 44, mengalami masalah kesihatan dan dimasukkan ke wad di HTJ sebelum dibenarkan keluar beberapa hari lalu.

“Sebelum ini saya bekerja di kedai makan di Nilai sebagai penebar roti canai, namun terpaksa berhenti kerana isteri dimasukkan ke HTJ dan disahkan ada masalah mental.

“Saya terpaksa memberikan tumpuan kepadanya. Saya tidak mempunyai kenderaan sendiri dan terpaksa berulang-alik dari Nilai ke

Seremban menggunaka­n kenderaan awam.

“Berikutan tidak bekerja, saya tidak mampu untuk membayar sewa rumah dan mengambil keputusan membawa anak ke Seremban dan menumpang di stesen bas.

“Ada orang yang memtempat buat aduan mengenai kehadiran kami kepada pihak berkuasa, namun ini sahaja pilihan saya ada ketika ini.

“Saya katakan kepada mereka kami hanya menumpang sementara sehingga isteri pulih sedikit,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Azmi berkata, isterinya turut mengalami pelbagai jenis penyakit lain seperti kencing manis, masalah jantung dan kaki bengkak.

“Dia juga penerima bantuan baucar makanan RM70 untuk tiga bulan sekali daripada Baitulmal,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi

Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan, Norfadilah Mansor berkata, pihaknya sudah beberapa kali menyantuni keluarga ini di Terminal 1, Seremban.

“Kami hanya memberi bantuan barangan makanan dan mereka perlukan kediaman yang selesa kerana isterinya mengalami masalah kesihatan yang kronik.

“Kami bimbang kerana di Terminal 1 tidak sesuai bagi isteri dan anak tunggal mereka kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya.

 ??  ?? NOORLIDA dan anaknya terpaksa bermalam di Terminal 1 sejak seminggu lalu.
NOORLIDA dan anaknya terpaksa bermalam di Terminal 1 sejak seminggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia