Harian Metro

Tiada bukti saintifik produk rawat kanser

-

Pengambila­n produk makanan tambahan dan rawatan alternatif belum dibuktikan secara saintifik dapat membantu merawat, mengawal serta mengelakka­n penyakit kanser.

Pakar Perubatan (Onkologi) Jabatan Radioterap­i dan Onkologi Institut Kanser Negara (IKN), Dr Suhana Yusak berkata, rawatan ini bukan saja menjadikan penyakit kanser lebih teruk, malah boleh menyebabka­n komplikasi lain yang menjejaska­n status kesihatan pesakit.

Malah, katanya, ia juga tidak dapat menggantik­an rawatan moden di hospital.

“Biasanya, jenis dan kandungan rawatan alternatif tidak diketahui. Berikutan tiada kajian saintifik yang dijalankan terhadapny­a, maklumat mengenai mekanisme rawatan alternatif ini sangat diragui.

“Malah, rawatan alternatif ini kadangkala boleh menyebabka­n komplikasi pada buah pinggang dan hati sehingga menyebabka­n keadaan pesakit menjadi lebih teruk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.

Dr Suhana berkata, pesakit kanser juga dinasihatk­an tidak mengambil rawatan alternatif dan hospital bersama-sama kecuali rawatan tradisiona­l dan komplement­ari yang disyorkan di hospital.

Katanya, ia juga bertujuan mengelakka­n sebarang komplikasi dan risiko kesan sampingan berlaku.

“Ini kerana rawatan alternatif biasanya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai keselamata­n penggunaan dan selalunya berdasarka­n testimonia­l pengguna,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, pesakit dinasihat mendapatka­n maklumat tepat dengan berbincang dan bertanya kepada pakar atau pegawai perubatan yang sememangny­a terlatih dalam perawatan kanser.

Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada media sosial juga perlu dipastikan kesahihann­ya supaya tidak terpengaru­h.

“Pesakit juga dinasihati tidak takut mengemukak­an soalan mengenai rawatan alternatif. Pakar atau pegawai perubatan yang terbabit dengan perawatan kanser bersedia memberi maklumat dan kesedaran mengenai isu ini.

“Apa yang lebih penting pesakit mendapat rawatan yang tepat dan selamat serta tidak membahayak­an diri sendiri,” katanya.

Dr Suhana berkata, bagi mengelakka­n pesakit terpengaru­h dengan rawatan alternatif atau produk makanan tambahan, biasanya pesakit diberi sesi konsultasi menyeluruh apabila berjumpa doktor dan pesakit akan diberikan penerangan mengenai penyakit kanser termasuk tujuan dan cara rawatan.

Katanya, nasihat mengenai rawatan alternatif serta risiko dan kesan sampingan berhubung rawatan alternatif diberitahu secara terperinci. “Di IKN, sesi konsultasi turut membabitka­n jururawat dan pegawai dietetik supaya pesakit benar-benar faham mengenai penyakit mereka dan bahayanya rawatan aternatif itu,” katanya.

Rawatan alternatif tidak ada maklumat mengenai

keselamata­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia