Harian Metro

20,000 pengguna vape berhenti merokok

-

Puchong: Komuniti pengguna vape meminta kerajaan tidak mengharamk­an penggunaan dan penjualan rokok elektronik di negara ini.

Aktivis Pengguna Vape M-Community, Hafiidzzul Nizal Zulkhefli berkata, ia berikutan seramai 20,000 pengguna vape di bawah komunitiny­a berjaya berhenti merokok

“Rokok mempunyai lebih 4,000 hingga ke 7,000 bahan racun termasuk tar yang boleh menyebabka­n kanser dan kami sedar akan bahaya itu sebelum beralih kepada vape.

“Malah, kira-kira 3,000 penduduk di dunia mati setiap hari akibat rokok. Sekiranya, rokok mempunyai kandungan yang lebih bahaya, jadi kenapa ia masih boleh di jual di Malaysia?

“Berbanding vape ia digunakan sebagai langkah alternatif untuk berhenti merokok di beberapa negara Eropah. Jadi, kerajaan perlu mengambil kira alternatif (vape) ini dan tidak mengharamk­annya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Persatuan Peruncit Peranti dan Cecair Produk Elektronik (MRECA), Datuk Adzwan Ab Manas dan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shariful Azmir Mustafa.

Dalam pada itu, Hafiidzzul Nizal berkata, sejak vape diperkenal­kan bagi menggantik­an rokok, tiada sebarang kajian secara saintifik lagi dilakukan di Malaysia.

“Kebanyakan kajian adalah hanya dari segi masalah sosial saja. Oleh itu, kita minta kerajaan menyediaka­n kajian yang lebih saintifik mengenai kesan penggunaan vape.

“Ia berikutan, kesan sampingan yang dicanang berkenaan vape bukan dari segi kajian tetapi hanya mengikut teori berdasarka­n bahan yang digunakan di dalam peranti dan juga cecair vape.

“Bagaimanap­un,

kebanyakan bahan ini digunakan dalam pembuatan makanan, ubatan dan lain-lain keperluan harian.

“Jika implikasi yang dinyatakan oleh mereka ini berdasarka­n ujian atau kajian, ia sepatutnya disertakan data, fakta dan analisis berkaitan kajian itu, bukan hanya omong kosong,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mendesak kerajaan mempercepa­tkan regulasi penggunaan dan penjualan vape supaya dapat dikawal selia.

Katanya, pihaknya menyelar sebarang penjualan vape kepada mereka berumur bawah 18 tahun.

“Vape bukan satu trend. Ia tidak sesuai digunakan untuk mereka yang tidak pernah merokok atau saja-saja menggunaka­n alatan itu. Malah, kita juga melarang aktiviti vape di tempat makan,” katanya.

Tiada sebarang kajian

secara saintifik lagi dilakukan di Malaysia

 ??  ?? HAFIIDZZUL Nizal
HAFIIDZZUL Nizal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia