Ragut nyawa mangsa ke-21

Harian Metro - - Lokal -

Kuching: Wabak rabies atau penyakit anjing gila meragut nyawa mangsa ke-21 di Sarawak dengan terbaharu seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun disahkan meninggal dunia akibat wabak itu, 2 November lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Nor Hisham Abdullah dalam kenyataan, semalam memaklumka­n, mangsa dari Kampung Mambong, Jalan Penrissen, Kuching meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Beliau berkata, sampel untuk ujian rabies yang dihantar ke Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR) disahkan positif rabies pada 6 November lalu.

“Kanak-kanak itu tidak aktif sejak 13 Oktober lalu dan mengadu sakit tekak. Pada 15 Oktober lalu, dia mengalami demam dan berkelakua­n luar daripada kebiasaan, lalu dibawa ke klinik swasta untuk pemeriksaa­n.

“Keadaannya bertambah teruk dan dibawa p ke Klinik Kesihatan pada 18 Oktober lalu dan dirawat sebagai pesakit luar dengan diagnosa Upper Respirator­y Tract Infection (URTI), seterusnya pada 21 Oktober lalu, mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak apabila keadaannya semakin lemah,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Nor Hisham berkata, keluarga mangsa mempunyai dua anjing peliharaan di rumah.

“Difahamkan kedua-dua anjing itu tidak pernah mendapat vaksinasi anti-rabies dan bebas bergaul dengan anjing liar, namun hingga kini kedua-dua anjing itu masih hidup dan sihat,” katanya.

Keluarga mangsa mempunyai dua anjing peliharaan di rumah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.