JALAN SIANG SAJA

Laluan menuju Amber Court Genting Highlands dibuka sepenuhnya, masih dalam pemantauan

Harian Metro - - Lokal - Oleh Nurul Hidayah Bahaudin [email protected]

Jalan menuju Amber Court Genting Highlands di sini, yang ditutup bagi kerja pembersiha­n akibat tanah runtuh, Selasa lalu, dibuka sepenuhnya untuk semua jenis kenderaan, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superinten­dan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pengguna dinasihatk­an supaya melalui jalan terbabit pada waktu siang.

“Elakkan melalui jalan berkenaan pada waktu malam bagi mengelakka­n kemungkina­n berlaku sebarang masalah,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Sementara itu, Ketua Balai

Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Yusri Abdullah Sani berkata, pihaknya masih melakukan pemantauan di lokasi berkenaan.

“Ketika ini kerja pembersiha­n di lokasi berkenaan sudah selesai, namun pemantauan masih dilakukan memandangk­an keadaan cuaca tidak menentu.

“Faktor hujan boleh menjejaska­n keadaan cerun di lokasi runtuhan, sekali gus memerlukan pemantauan hingga kawasan terbabit disahkan selamat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan 200 kakitangan dan penghuni di sebuah hotel dan pangsapuri terperangk­ap apabila tanah runtuh akibat hujan lebat di lokasi terbabit, Selasa lalu.

Difahamkan, runtuhan tanah itu berlaku secara berperingk­at bermula jam 5 petang.

FOTO: ASYRAF HAMZAH

JALAN menuju Amber Court Genting Highlands yang ditutup bagi kerja pembersiha­n akibat tanah runtuh, Selasa lalu, dibuka sepenuhnya untuk semua jenis kenderaan, semalam.

ANGGOTA penyelamat meninjau dan memantau kerja pembersiha­n di lokasi kejadian tanah runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.