Longgok 2,490,000 rokok seludup

Harian Metro - - Lokal -

Kuala Lumpur: Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih merampas 2,490,000 rokok bernilai RM871,500 di Tanjung Sepat, Banting dalam Op Nyah 1 Selangor, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superinten­dan Zulafendy Hassan berkata, dalam operasi bermula jam 1 pagi itu, pihaknya membuat rondaan diketuai seorang pegawai dan 12 anggota di kawasan ladang sawit di Ladang Tumbok, Tanjung Sepat.

“Ketika rondaan dijalankan, pihak kami menemui longgokan kotak berwarna coklat yang disusun atas tanah dan ditutup dengan kanvas dalam keadaan mencurigak­an.

“Hasil pemeriksaa­n menjumpai 63 kotak rokok jenama Jhon White dan 186 kotak rokok jenama SAAT dipercayai diseludup,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

ROKOK yang ditemui di kawasan ladang sawit di Ladang Tumbok di Tanjung Sepat, Banting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.