Lantik peguam Malaysia

Harian Metro - - Lokal -

Kuala Lumpur: Peguam dari negara ini perlu dilantik dalam kes perbicaraa­n pasangan Hairi Muhamad dan Norliha Khamis yang dituduh mendera anak mereka di Norway.

Menurut Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, ia bagi menerangka­n dengan lebih lanjut mengenai kedudukan undang-undang keluarga Islam di Malaysia.

Selain itu, kata Zainul Rijal, peguam berkenaan juga boleh menerangka­n hak berkaitan supaya lebih difahami pihak berkuasa di sana.

“Peguam terbabit boleh berbincang dengan peguam di Norway bagi persiapan mewakili pasangan berkenaan dalam perbicaraa­n itu kelak.

“Dalam kes ini, Wisma Putra patut membantu mereka dalam apa hal sekalipun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.