Bumbung parkir pangsapuri runtuh

Harian Metro - - Lokal -

Johor Bahru: Kira-kira 12 kenderaan rosak sejurus bumbung tempat meletak kenderaan di pangsapuri di Taman Seroja, Tampoi di sini, runtuh mendadak susulan ribut yang berlaku.

Penduduk, S Kunasegara­n, 36, berkata, kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi semalam ketika dia bersiap untuk keluar bekerja.

“Mulanya hanya berlaku hujan biasa sebelum angin mula bertiup kencang. Saya kemudian terdengar bunyi kuat tanpa menyangka bumbung parkir itu runtuh.

“Saya kemudian ke tempat letak kenderaan sebelum terkejut melihat bumbung parkir runtuh dan menghempap lebih 10 kenderaan di bawahnya.

“Saya lega kerana kereta saya berada kira-kira 0.5 meter dari bumbung terbabit,” katanya.

Menurut jurutera itu, dia kemudian mengambil gambar keadaan bumbung dan kenderaan penduduk yang terjejas sebelum menghantar­nya ke dalam kumpulan WhatsApp penduduk.

“Tidak lama kemudian seorang demi seorang pemilik kenderaan muncul untuk melihat kenderaan masing-masing.

“Bagi kenderaan lain yang tidak terjejas, kami diarah mengalihka­n kenderaan ke parkir pelawat buat sementara waktu,” katanya.

Menurutnya, pengurusan pangsapuri kemudian menghubung­i pemaju dan memanggil kontraktor untuk mengalihka­n bumbung yang runtuh bagi membolehka­n pemilik kenderaan mendapatka­n semula kenderaan yang rosak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.