Hujan dua jam cetus banjir kilat

Harian Metro - - Lokal -

Shah Alam: Hujan lebat kira-kira dua jam pagi semalam mengakibat­kan beberapa kawasan di Shah Alam dan Klang dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas ialah di sekitar Batu Tiga, Kota Raja dan Pelabuhan Klang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan banjir kilat dan berada dalam keadaan siap sedia sekiranya situasi memerlukan bantuan pihak berkuasa.

Menurutnya, banjir bagaimanap­un mulai surut kira-kira jam 10 pagi dan kebanyakan kenderaan mula menggunaka­n laluan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.