Ribut Nakri dijangka di perairan Sabah

Harian Metro - - Lokal -

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) mengeluark­an nasihat mengenai Ribut Tropika Nakri yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

MetMalaysi­a dalam kenyataan memaklumka­n ribut tropika itu boleh menyebabka­n angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan iaitu kira-kira 603 kilometer (km) ke barat laut dari Kudat, Sabah.

“Berdasarka­n pencerapan pada jam 11 pagi tadi (semalam), kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 540 km ke barat daya dari Manila, Filipina dan bergerak ke arah barat daya,” kata kenyataan itu.

Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai sehingga 108 km sejam. – Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.