PATAH PINGGANG

Lelaki cedera parah terjatuh pokok duku

Harian Metro - - Lokal - Oleh Siti Nor Hidayatida­yu Razali [email protected]

Seorang lelaki patah pinggang selepas terjatuh dari pokok duku berketingg­ian tujuh meter di RPT Sungai Peria dekat Kuala Krai, malam semalam.

Mangsa, Mohd Zudden Zahari, 39, ditemui orang kampung pada jam 10.30 malam sebelum mereka menghubung­i Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd Razani Mamat berkata, sebaik menerima panggilan, pihaknya ke lokasi kejadian.

Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian untuk membantu mengeluark­an mangsa berikutan kebun itu berada di kawasan bukit.

“Mangsa ke kebun duku seorang diri pada jam 5.30 petang yang terletak kira-kira satu kilometer dari kawasan rumah penduduk.

“Penduduk kampung menemui lelaki itu yang terjatuh dari pokok dan cedera sebelum meminta bantuan untuk mangsa.

“Sebaik sampai, kita dapati seorang lelaki jatuh dari pokok dan patah pinggang menyebabka­n dia tidak dapat berjalan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya bersama APM membantu mengeluark­an mangsa dengan menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda dan diserahkan kepada ambulans untuk dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

MOHD Zudden dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.