Sita 35 tong LPG

Harian Metro - - Lokal -

Kajang: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kajang menyita 35 tong gas petroleum cecair (LPG) dianggarka­n bernilai lebih RM10,000 dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Chua di sini, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Daerah Kajang, Mohamad Sani Mohamad Nor berkata, serbuan dilakukan hasil aduan dan risikan lebih dua minggu di premis yang dijadikan stor penyimpana­n tong gas berkenaan.

“Hasil serbuan itu, kami mendapati premis berkenaan dijadikan tempat menyimpan tong gas LPG yang dikategori­kan sebagai barang kawalan tanpa lesen sah sebelum dijual.

“Dalam serbuan itu, kami merampas 35 tong gas LPG bagi muatan 50 kilogram yang dianggarka­n mencecah RM10,800,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

MOHAMAD Sani menunjukka­n tong gas LPG yang dirampas dalam serbuan di premis di Sungai Chua, Kajang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.