Masih dirawat di HKL

Harian Metro - - Lokal -

Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Anuar Tahir yang dilaporkan pengsan pada 25 Oktober masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun menunjukka­n perkembang­an yang semakin positif.

Timbalan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, keadaan terkini Mohd Anuar itu jauh berbeza dengan tiga hari pertama selepas beliau dimasukkan ke HKL pada 25 Oktober lalu.

“Beliau menunjukka­n perkembang­an yang sangat positif dan boleh bercakap dengan pelawat seperti biasa.

“Namun, doktor yang merawat menasihatk­an beliau supaya mendapatka­n rehat secukupnya dan masih belum memaklumka­n bila akan dapat keluar wad ,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurut Abang Ahmad Kerdee, Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad turut menziarahi Ahli Parlimen Temerloh itu pada Rabu lalu.

Katanya, ketika ini doktor yang merawat memutuskan Mohd Anuar tidak memerlukan pembedahan, namun Setiausaha Agung Amanah itu perlu berehat secukupnya sehingga benar-benar pulih seperti sedia kala.

MOHD Anuar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.