Rampas daging kerbau RM1.5 juta

Harian Metro - - Lokal -

Kuantan: Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (Maqis) Pahang menahan 1,443 karton daging kerbau dari India, di Pelabuhan Kuantan di sini, kelmarin.

Pengarah Maqis Pahang/Terengganu, Nur Syazwina Abdul Somad berkata, daging kerbau seberat 115,447 kilogram itu bernilai RM1.5 juta.

Katanya, anggota penguat kuasa yang melakukan pemeriksaa­n rutin pada jam 4 petang menemui konsainan daging berkenaan yang cuba dibawa masuk ke negeri ini.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati konsainan berkenaan tidak mematuhi syarat import seperti yang ditetapkan Maqis.

“Malah ia juga gagal mempamerka­n logo halal dari badan halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada plastik dan kotak pembungkus­annya,” katanya.

Katanya, perbuatan itu jelas menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2), akta yang sama.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

DAGING kerbau yang dirampas di Pelabuhan Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.