Ulat mahkamah dijel sebulan

Harian Metro - - Lokal -

Kuala Lumpur: Gara-gara menjadi ulat mahkamah, seorang lelaki dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhka­n hukuman itu terhadap Syaiful Bahri Md Zahari, 40, selepas tertuduh mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memujuk untuk menawarkan atau berkeliara­n dengan tujuan menawarkan perkhidmat­an untuk keuntungan atau hadiah kepada sesiapa yang mempunyai urusan di kawasan Kaunter Jamin, Aras B1, Mahkamah Jalan Duta di sini, jam 11.15 pagi 5 November lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15A Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya.

Pendakwaan terhadapny­a dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu dalam rayuannya, Syaiful Bahri merayu mahkamah memberi hukuman ringan berbentuk denda atas alasan dia mempunyai tanggungan selain berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Wan Ahmad Hakimi memohon mahkamah memberi hukuman penjara kerana kesalahan ini membabitka­n kepentinga­n awam.

“Perkara ini diketahui umum dan disiarkan di akhbar namun kegiatan ini masih berleluasa.

“Hukuman denda tidak memadai dan hukuman penjara adalah yang terbaik untuk memberi pengajaran kepada tertuduh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.