Bergambar di tanah kubur menghina mayat

Harian Metro - - Lokal -

Kuala Lumpur: Perbuatan mengambil gambar perkahwina­n di kawasan perkuburan bukan Muslim dianggap satu penghinaan dan sama sekali tidak dibenarkan.

Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbuatan mengambil gambar perkahwina­n di tanah perkuburan bukan Muslim dengan pelbagai gaya adalah perbuatan yang boleh dianggap penghinaan terhadap mayat bahkan ia juga boleh menyinggun­g perasaan waris si mati.

“Jangan kerana inginkan kelainan kita melakukan perkara yang mengundang fitnah dan cerca orang ramai.

“Apatah lagi jika ia dibuat untuk suka-suka, carilah tempat lain yang lebih sesuai.

“Perbuatan itu boleh menyebabka­n Islam dan penganutny­a dipandang serong penganut agama lain, sekali gus menjauhkan mereka daripada Islam,” katanya menerusi kenyataan Irsyad Al-Fatwa siri ke 327: Hukum Mengambil Gambar Perkahwina­n di Tanah Perkuburan, yang dikeluarka­n Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n, semalam.

Menurut Zulkifli, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bermaksud, “Mematahkan tulang mayat adalah seperti mematahkan­nya ketika hidup.”

Kata beliau, Maulana Sheikh Syamsul Haq ‘Azim Abadi menukilkan pandangan Al-Tibi mengenai hadis berkenaan bahawa tidak boleh menghina mayat dengan cara apa sekalipun kerana penghinaan terhadap mayat adalah seperti menghina ketika dia masih hidup.

Katanya, ia jelas menunjukka­n bahawa apa saja bentuk penghinaan terhadap mayat sama ada perbuatan atau percakapan adalah tidak dibenarkan.

DR Zulkifli

LAPORAN Harian Metro, 7 November 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.