Harian Metro

TAK SEPERTI MANGSA KEBAKARAN

Saksi beritahu posisi arwah ditemui dalam keadaan kejung dan lurus

- Oleh Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Seorang saksi perbicaraa­n kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, bahawa keadaan mayat si mati tidak seperti mangsa maut dalam kebakaran.

Saksi ke-13 pendakwaan, Tanhoss Ban Agem, 29, pegawai bomba yang berkhidmat selama 11 tahun itu mendedahka­n perkara itu ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Datuk Salim Soib @ Hamid dalam perbicaraa­n kes bunuh berprofil tinggi di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Tanhoss yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Damansara itu berkata, kebiasaann­ya mangsa maut dalam kebakaran melutut atau meniarap ketika mayat mereka ditemukan pihak bomba.

Salim: Berdasarka­n pengalaman, berapa kali kamu melihat kejadian kebakaran yang menyebabka­n kematian?

Tanhoss: Lebih daripada tiga kali.

Salim: Dalam keadaan lebih tiga kali itu, bagaimana keadaan mangsa terbakar?

Tanhoss: Biasanya mangsa yang mati disebabkan kebakaran ditemui dengan keadaan yang bukan seperti mangsa ini (Nazrin).

Salim: Keadaan mangsa lain berbeza dengan yang ini (Nazrin)?

Tanhoss: Ya...selalunya mangsa mati dalam keadaan yang tidak normal seperti melutut atau meniarap.

Salim: Dalam kejadian ini, mayat mangsa dalam keadaan kejung dan lurus? Tanhoss: Ya.

Saksi sama menjelaska­n keadaan badan Nazrin ketika ditemukan pihak bomba dalam keadaan terbaring di bilik tidur utama di Mutiara Homes, Mutiara Damansara tahun lalu, sebagai kaku dan kejung adalah keadaan mayat itu lurus.

“Jika berlaku kebakaran, mangsa biasanya cuba menyelamat­kan diri dan biasanya mereka akan lari daripada api untuk selamatkan diri sehingga mereka tidak jumpa laluan keluar dan biasanya mati di situ.

“Pendapat saya, keadaan mangsa seperti dia tidak cuba melarikan dirinya dan seperti tidak cuba menyelamat­kan dirinya,” katanya.

Tanhoss berkata, ketika dimaklumka­n penemuan mayat mangsa oleh pegawai bomba Muhammad Rezza Rusli yang juga saksi ke-10 prosiding perbicaraa­n itu, dia terus memeriksa nadi dan pernafasan Nazrin.

Salim: Apa pemeriksaa­n kamu buat pada mangsa?

Tanhoss: Saya buat pemeriksaa­n nadi dan dengar pernafasan mangsa (Nazrin) menggunaka­n telinga serta mendapati mangsa sudah tidak bernyawa. Saksi itu memaklumka­n perkara itu kepada isteri mangsa, Samirah Muzaffar, yang juga tertuduh pertama kes pembunuhan itu bahawa suaminya tidak sedarkan diri.

“Ketika itu, saya lihat keadaan isteri mangsa sangat agresif dan mahu merempuh naik ke atas.

“Tertuduh beritahu sendiri dia mahu tahu suaminya sudah mati ke tidak.

“Selepas didesak tertuduh untuk memberitah­u keadaan suaminya, saya melihat dia (Samirah) menarik nafas,” katanya yang turut menunjukka­n keadaan Samirah menarik nafas di mahkamah.

Perbicaraa­n bersambung 15 November ini.

Saksi jelaskan badan arwah ditemui dalam keadaan terbaring di bilik tidur utama

 ??  ?? SAMIRAH (kanan) di Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam. Gambar kecil, Tanhoss.
SAMIRAH (kanan) di Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam. Gambar kecil, Tanhoss.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia