Dua cedera kereta terhumban gaung

Harian Metro - - Lokal -

Kuala Nerang: Dua wanita cedera di muka selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam gaung di Jalan Durian Burung-Baling, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, mangsa berusia 16 dan 21 tahun terselamat walaupun kereta Perodua Axia mereka remuk.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

(JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.13 tengah hari berhubung kejadian itu.

“Kami tiba di lokasi jam 12.34 tengah hari dan kedua-dua mangsa berjaya dikeluarka­n anggota bomba.

“Mereka diberi rawatan awal oleh anggota Perkhidmat­an Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.