6 TUDUHAN HINA ISLAM

Suri rumah didakwa buat penghantar­an jelik di media sosial

Harian Metro - - Lokal - Oleh Siti A’isyah Sukaimi [email protected] tro.com.my

Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas enam pertuduhan membuat penghantar­an jelik yang menghina Islam.

Fadhilah Abdulhamid, 42, didakwa melakukan kesalahan itu antara 19 Februari dan 4 Mac pada waktu berbeza.

Bagaimanap­un, wanita terbabit yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, dia didakwa menggunaka­n perkhidmat­an aplikasi melalui akaun Facebook, Fadhilah Abdulhamid secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat menyakitka­n hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pertuduhan itu dibacakan di dua Mahkamah Sesyen berasingan di hadapan Hakim Saifulakma­l Mohd Said dan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Norhani Mohamad Adzhar.

Sementara itu, kedua-dua hakim menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula dan lantikan peguam bagi mewakili Fadhilah.

Hakim tetapkan 18 Disember depan tarikh sebutan semula dan

lantikan peguam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.