Periksa aduan tertuduh

Harian Metro - - Lokal -

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan 5 dan 6 Disember ini bagi membolehka­n mahkamah memeriksa aduan dua tertuduh yang didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Hakim Azura Alwi yang menetapkan tarikh itu selepas berpuas hati dengan aduan yang dilaporkan pengusaha kedai runcit, B Subramania­m, 57, dan pengutip besi buruk, A Kalaimughi­lan, 28, pada 1 November lalu yang menyatakan bahawa mereka tidak menerima layanan baik di penjara sepanjang berada dalam tahanan.

“Selepas mendengar aduan daripada dua tertuduh, mahkamah berpuas hati ada kesalahan untuk diambil maklum mengikut Seksyen 128 Prosedur Tatacara Jenayah.

“Satu pemeriksaa­n akan diteruskan mengikut Seksyen 133 Prosedur Tatacara Jenayah,” katanya.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Low Qin Hui manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam S Selvam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.