Maahad operasi secara haram

Harian Metro - - Lokal -

Temerloh: Seorang murid sebuah maahad tahfiz berusia tujuh tahun meninggal dunia dipercayai dipukul rakannya dalam kejadian di Lanchang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk menerima rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan tidak lama kemudian.

“Pemeriksaa­n awal mendapati ada kesan lebam pada badan mangsa. Mangsa mula belajar di maahad itu pada pertengaha­n Oktober lalu bersama abang tirinya,” katanya.

Othman berkata, maahad berkenaan mempunyai empat pelajar

termasuk mangsa dan ia mula beroperasi sejak Januari lalu.

Katanya, siasatan mendapati maahad berkenaan beroperasi tanpa kebenaran dari Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).

“Maahad itu hanya mempunyai seorang tenaga pengajar yang juga suami kepada warden wanita berkenaan.

“Sehubungan itu, kami menahan tiga rakan mangsa yang juga pelajar maahad berusia 13 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk tujuan bedah siasat.

“Maahad itu hanya

mempunyai seorang tenaga

pengajar

Othman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.