Harian Metro

Sebak tatap wajah cucu terbujur kaku

-

Temerloh: Tiada kata yang mampu diungkapka­n Abdul Rahman Yusof, 76, sebaik menatap wajah cucu kesayangan­nya yang terbujur kaku tidak bernyawa.

Tidak terlintas di hatinya untuk bertemu cucu, Mohammad Aimin Nurul Amin, 7, dalam keadaan sedemikian apatah lagi kali terakhir mereka berjumpa pada Julai lalu.

Beliau berkata, cucunya yang lebih mesra dengan panggilan Mohamad disifatkan sebagai kanak-kanak yang cergas dan jarang jatuh sakit.

“Saya menjaganya dari dia mula belajar merangkak sehingga dia mula bersekolah, selepas itu dia tinggal dengan ayahnya (Nurul Amin Abdul Rahman, 36).

“Mohammad seorang cucu yang baik, apabila mengetahui kejadian menimpanya saya berasa tidak percaya..hati saya sebak, tak tahu nak cakap apa,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, Mohammad Aimin yang juga pelajar sebuah pusat tahfiz di Kampung Kuala Kaung, Lanchang disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Lanchang.

Hasil pemeriksaa­n awal menemui beberapa kesan lebam pada badannya dipercayai akibat dipukul.

Katanya, dia mengetahui kejadian itu selepas diberitahu seorang anaknya sebelum bergegas ke klinik berkenaan.

Menurutnya, selama ini dia tidak mengetahui cucunya itu dihantar ke maahad berkenaan kerana anak serta menantunya tidak memaklumka­n perkara itu kepadanya.

Mohammad Aimin anak tunggal Nurul Amin bersama bekas isterinya yang berasal dari Sabah.

Sementara itu, ibu tiri mangsa, Asmaliza Ahmad, 39, berkata, dia pada mulanya menyangka Mohammad Aimin hanya sakit biasa apabila warden maahad tahfiz memberitah­u anak tirinya dibawa ke klinik.

“Tersentak saya dimaklumka­n Aimin sudah tiada, malah ada kesan lebam padanya. Ketika dia pulang ke rumah Khamis lalu saya tidak perasan kesan lebam yang cuma ada hanya kesan kudis sahaja,” katanya.

Katanya jenazah Mohammad Aimin dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Charuk Puting selepas solat Asar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia