Harian Metro

PERGI TAK SALAM IBU

Pasangan hilang kata-kata selepas terima berita nahas babit anak sulung

- Oleh Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my

“Sepanjang hayatnya tidak pernah sikit pun arwah susahkan kami.

“Bahkan arwah suka berdikari mencari wang sendiri jika mahukan sesuatu,” demikian kata ibu kepada pelajar yang maut selepas dirempuh bas dalam kemalangan di Setia Triangle di Bayan Lepas, kelmarin.

Siti Hajar Ghazali, 38, berkata, dia dan suaminya, Mohammad Hafeiz Mubara, 44, kehilangan kata-kata selepas menerima berita nahas membabitka­n anak sulung mereka, Muhammad Saifullah Muhammad Hafeiz, 16.

“Saya pelik semalam (kelmarin) sebab kalau hendak keluar pasti dia salam dengan saya. Tetapi, dia keluar begitu saja tanpa memaklumka­n apa-apa.

“Tidak lama kemudian saya dapat panggilan memaklumka­n kemalangan yang menimpa Muhammad Saifullah hingga mengorbank­an nyawanya,” katanya ketika ditemui semalam.

Terdahulu, jenazah Muhammad Saifullah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Mustaghfir­in di Sungai Tiram, Bayan Lepas, jam 11 pagi.

Lebih 50 ahli keluarga, guru serta sahabat Muhammad Saifullah hadir memberi penghormat­an terakhir kepada Allahyarha­m.

Siti Hajar berkata, anak sulung daripada tujuh beradik itu adalah harapan keluarga kerana semangatny­a yang sentiasa ingin membantuny­a bersama suami.

Katanya, Muhammad Saifullah bekerja sambilan sebagai penghantar makanan di restoran makanan segera sejak Mei lalu.

“Dia masih bersekolah, tetapi dari dulu dia tidak duduk diam dan membuat kerja sambilan untuk mengumpul duit demi masa depannya.

“Dia beritahu tidak mahu susahkan saya dan ayahnya. Apa saja dia nak, dia akan berusaha sendiri untuk cari,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Hafeiz menyifatka­n anak lelakinya itu seorang pendiam dan jarang bercakap kerana sifatnya yang kuat berdikari.

“Namun dia anak yang baik, tidak pernah sekali pun susahkan saya dengan ibunya dan sangat rapat dengan saudara-maranya,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, bas persiaran yang datang dari arah Persiaran Kelicap menuju Bayan Lepas dikatakan hilang kawalan sebelum bergesel dengan kereta yang diletakkan di tepi jalan dan merempuh sebuah lagi kereta dipandu wanita bersama dua anaknya.

Insiden bertambah parah apabila bas yang dipandu lelaki berusia 49 tahun itu merempuh motosikal diparkir di tepi jalan dan motosikal ditunggang Muhammad Saifullah yang ketika itu berhenti di persimpang­an lampu isyarat sebelum melanggar tembok dinding rumah berhampira­n.

Dia masih bersekolah, tetapi dari dulu dia tidak duduk diam dan membuat kerja sambilan untuk mengumpul duit demi masa depannya”

Siti Hajar Ghazali

 ??  ?? KEADAAN bas di lokasi kejadian, kelmarin.
BACAAN talkin di pusara arwah selepas selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bayan Lepas, Pulau Pinang.
SITI Hajar
KEADAAN bas di lokasi kejadian, kelmarin. BACAAN talkin di pusara arwah selepas selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bayan Lepas, Pulau Pinang. SITI Hajar
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia