Pemandu bas direman 2 hari

Harian Metro - - Lokal -

Balik Pulau: Pemandu bas yang merempuh motosikal hingga menyebabka­n seorang pelajar maut kelmarin direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarka­n Majistret Ahmad Tajuddin terhadap lelaki berusia 49 tahun terbabit di Mahkamah Majistret, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superinten­dan A A Anbalagan berkata, hasil ujian saringan awal juga mendapati pemandu berusia 49 tahun itu positif methamphet­amine.

Menurutnya, pemeriksaa­n juga mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an

Jalan 1987,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, pelajar lelaki maut selepas dirempuh bas di Jalan Dato Ismail Hasyim di Bayan Lepas.

Mangsa, Muhammad Saifullah Muhammad Hafeiz, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ara yang juga bekerja separuh masa di restoran makanan segera itu dalam perjalanan menghantar pesanan kepada pelanggan.

Jenazah Muhammad Saifullah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Mustaghfir­in, Sungai Tiram,

Bayan Lepas, jam 11 pagi semalam.

PEMANDU bas dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.