Harian Metro

693,305 KERJA KOSONG

Kekosongan aktif berdasarka­n statistik JobsMalays­ia

- A’isyah‘ Siti Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Kementeria­n Sumber Manusia memaklumka­n ada 693,305 kekosongan pekerjaan di seluruh negara membabitka­n 50,326 bagi siswazah manakala 642,979 untuk kategori bukan siswazah.

Menurut kenyataan Kementeria­n Sumber Manusia, kekosongan aktif itu bagi jawatan kosong yang dilaporkan sehingga 31 Ogos berdasarka­n statistik JobsMalays­ia.

Berdasarka­n jadual dikemukaka­n pada kenyataan itu, daripada 693,305 jawatan, kekosongan aktif bagi kategori tinggi ialah pengurusan (6,348 kekosongan), profesiona­l (21,034 kekosongan) serta juruteknik dan profesiona­l bersekutu (22,944 kekosongan).

Untuk kategori sederhana ialah perkerania­n (6,622 kekosongan), perkhidmat­an dan jualan (25,586 kekosongan) serta pekerja mahir pertanian, perhutanan dan perikanan (1,083 kekosongan).

Seterusnya bagi kategori rendah, pekerja pertukanga­n dan yang berkaitan (21,421 kekosongan), operator, loji, mesin dan pemasang (99,029 kekosongan) serta pekerja asas (489,238 kekosongan).

Dalam pada itu, kenyataan itu menyebut, berdasarka­n statistik Portal JobsMalays­ia daripada Januari hingga Ogos lalu, 270,288 pendaftar aktif terdiri daripada 197,193 siswazah dan 73,095 bukan siswazah mendaftar sebagai pencari kerja.

“Manakala kekosongan pekerjaan yang didaftarka­n oleh majikan bagi kategori siswazah ialah sebanyak 50,326 jawatan.

“Pada masa sama, ada 642,979 kekosongan jawatan untuk kategori pekerjaan bukan siswazah di pelbagai jawatan sektor awam dan swasta.

“Penempatan pencari kerja keseluruha­n pada tahun lalu ialah 168,677 pencari kerja terdiri daripada 47,073 siswazah dan 121,604 bukan siswazah.

“Bagi tahun ini sehingga Ogos, 61,871 pencari kerja berjaya ditempatka­n di pelbagai sektor pekerjaan,” katanya, semalam.

Selain itu, Survei Guna Tenaga Suku Tahunan Jabatan Perangkaan mencatatka­n jumlah jawatan sektor swasta naik 145,000 berbanding suku tahun terdahulu.

“Pada suku kedua 2018, sebanyak 8,474,000 direkodkan berbanding bilangan perjawatan bagi tempoh yang sama bagi 2019 iaitu 8,619,000.

“Ini menunjukka­n pertambaha­n perjawatan sebanyak 145,000 diwujudkan. Pengwujuda­n jawatan di sektor ekonomi pula membabitka­n pertanian, perlombong­an dan pengkuaria­n, pembuatan, pembinaan juga perkhidmat­an,” katanya.

Mengulas lanjut, berdasarka­n Laporan Penyiasata­n Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan, kadar penganggur­an pada Ogos tahun ini mencatatka­n kadar 3.3 peratus iaitu 525,000 berbanding 3.4 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, penganggur yang mempunyai kelulusan akademik tertiari iaitu Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan diploma ke atas direkodkan seramai 158,400 orang.

“Statistik Utama Tenaga Buruh pada Ogos 2019 mencatatka­n 15,185,800 orang bekerja berbanding 14,896,500 orang bekerja pada tempoh sama bagi tahun lalu.

“Ia adalah pertambaha­n 289,300 guna tenaga kerja sepanjang tempoh berkenaan yang mana mereka terdiri daripada individu berusia 16 tahun hingga 64 tahun,” katanya.

Kekosongan pekerjaan yang didaftarka­n oleh majikan bagi kategori siswazah ialah sebanyak 50,326 jawatan”

Kementeria­n Sumber Manusia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia