Belum ada memohon

Harian Metro - - Lokal -

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pengangkut­an setakat ini belum menerima sebarang permohonan sama ada daripada syarikat tempatan mahupun antarabang­sa bagi melaksanak­an projek rintis atau Proof of Concept (POC) teksi motosikal (bike-hailing).

Menterinya Anthony Loke berkata, beliau yakin POC teksi motosikal itu akan menarik minat syarikat pengendali teksi motosikal.

“Setakat ini, kami belum terima apa-apa permohonan lagi kerana kami baru saja umum program itu beberapa hari lalu.

“Sudah tentu akan mendapat minat daripada beberapa syarikat,” katanya.

Katanya, syarikat pengendali yang berminat sama ada tempatan atau antarabang­sa perlu mematuhi syarat dengan mendaftark­an syarikat di bawah Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) sebelum boleh beroperasi.

Dalam pada itu, Loke berkata, pihaknya juga menggalakk­an syarikat pengendali teksi motosikal supaya menumpukan operasi mereka di stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Alian Ringan (LRT) bagi menyelesai­kan isu sambungan sehingga ke laluan terakhir dihadapi pengguna di stesen-stesen pengangkut­an awam.

“Orang awam boleh menggunaka­n bike-hailing untuk memudahkan perjalanan dari rumah ke stesen MTR dan LRT.

“Justeru, kita harap ia dapat menyelesai­kan isu yang dihadapi di stesen-stesen MRT dan LRT itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.