Harian Metro

Turun padang minggu kedua

-

Pontian: Calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, mendapat suntikan semangat apabila pemimpin utama PH memberikan komitmen turun padang bagi membantu kempen dilakukan.

Ketua Penerangan PKR Pusat, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beberapa pemimpin utama PH mengesahka­n kehadiran mereka pada minggu kedua kempen.

“Pemimpin utama termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Tanjung Piai minggu ini.

“Presiden PKR ke Tanjung Piai Isnin ini bermula jam 6 petang sehingga jam 12 tengah malam bagi bertemu pengundi dan berceramah,” katanya selepas program ramah mesra bersama pengundi PDM Telok Kerang di sini, semalam.

Katanya, Tun M juga hadir, namun waktunya akan dimaklumka­n Pejabat Perdana Menteri.

Shamsul Iskandar yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Utama berkata, kekangan masa akibat sesi Dewan Rakyat yang berlangsun­g menjadikan pemimpin utama PH bergilir-gilir membantu kempen calonnya di Tanjung Piai.

“Maklum balas diterima menyatakan 30 peratus pengundi di Tanjung Piai belum membuat keputusan, berada di atas pagar dan hanya membuat pilihan pada saat akhir,” katanya.

PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 November ini menyaksika­n pertanding­an enam penjuru antara Karmaine, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, Wendy Subramania­m (Gerakan), Datuk Dr Badhrulhis­ham Abdul Aziz daripada Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) serta dua calon bebas iaitu pengasas pusat tuisyen, Dr Ang Chuan Lock dan ahli perniagaan, Faridah Aryani Abd Ghaffar.

 ??  ?? KARMAINE berkonvoi ketika Program Menyantuni Komuniti di Lokaliti di Kg Parit Wer Telok Kerang, Pontian.
KARMAINE berkonvoi ketika Program Menyantuni Komuniti di Lokaliti di Kg Parit Wer Telok Kerang, Pontian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia