Harian Metro

Strategi kempen pada saat akhir

-

Pontian: “(Isu) kewangan punca saya lewat berkempen,” ujar calon bebas, Faridah Aryani Abd Ghaffar, 45, yang mendedahka­n isu kehilangan­nya sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, bermula 2 November lalu.

Faridah berkata, dia mempunyai strategi untuk berkempen di saat akhir memandangk­an ruang diberikan itu dua minggu.

“Itu strategi kita (lewat kempen), kita ada 14 hari, tetapi memandangk­an terdapat satu isu, maka kami menukar strategi yang ada.

“Isu dari segi kewangan tidak mencukupi menyebabka­n kami mengambil tujuh hari terakhir untuk berkempen habis-habisan,” katanya di Serkat, Kukup di sini, semalam.

Faridah yang tampil bergaya dengan berbaju kurung serta bertudung ungu ditemani Pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahr­in Ismail.

Shamsubahr­in juga tampil menjelaska­n ketiadaann­ya sepanjang penamaan calon, selain mengakui baru saja menjalani pembedahan.

Faridah yang juga ibu tunggal kepada empat anak memaklumka­n tidak berdepan masalah dengan kempen yang dilaksanak­annya selama ini.

Katanya, walaupun berdepan dua calon besar dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), dia percaya ada undi akan memihak kepadanya.

“Status saya sebagai golongan B40 membolehka­n saya mengangkat masalah rakyat ke peringkat tertinggi.

“Saya mahu melaksanak­an pelbagai penambahba­ikan membabitka­n golongan itu termasuk dari sudut ekonomi,” katanya ditemani ahli Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM).

Katanya, tidak mustahil dia memenangi hati pengundi kerana menjadi calon alternatif, selain PH dan BN.

“Ada yang menyindir saya bukan anak jati di sini, (Tanjung Piai), tapi saya anak jati Johor dan apa yang saya buat untuk anak Johor,” katanya.

 ??  ?? FARIDAH Aryani (tengah) bersama Shamsubahr­in (dua dari kiri) di Anjung Budi Guest House Tanjung Piai, Pontian.
FARIDAH Aryani (tengah) bersama Shamsubahr­in (dua dari kiri) di Anjung Budi Guest House Tanjung Piai, Pontian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia