Harian Metro

‘TERLALU BANYAK ARWAH NAK BUAT’

Banyak komitmen bangun Tanjung Piai tak sempat dilaksana arwah Dr Md Farid

- Oleh Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

“Terlalu banyak dia (arwah) fikirkan untuk penduduk Tanjung Piai dan banyak lagi sentuhan darinya (mahu dilakukan) namun tidak sempat,” kata Norma Mohamed, ibu kepada bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai, Allahyarha­m Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Menurutnya, dia mengharapk­an penduduk Tanjung Piai membuat pilihan tepat bagi meneruskan agenda pembanguna­n dirancang arwah anaknya itu.

Katanya, dia melihat kesungguha­n arwah Dr Md Farid melayan pengundi di kawasan Tanjung Piai meskipun sedar kekangan masa.

Komitmen itu disaksikan­nya sendiri sebelum arwah anaknya menghembus­kan nafas terakhir.

“Saya bercakap dengan dia (arwah anak) sehingga hampir jam

4 pagi dan saat itu dia masih memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk penduduk Tanjung Piai.

“Terlalu banyak lagi untuk dibawa (pembanguna­n) dan isu itu dibincangk­an meskipun sedar banyak lagi usaha perlu dilakukan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Norma berkata, selaku ibu arwah, dia mahu momentum pembanguna­n dirancang itu diteruskan kerajaan PH.

Katanya, dia tidak kisah dirinya tidak tercalon (calon Pakatan Harapan) kerana keputusan diputuskan pucuk pimpinan.

“Pada saya soal calon, saya tidak kisah dan itu pilihan daripada kerajaan, paling penting kita sama-sama membantu kemenangan calon. Saya bersyukur usaha arwah membantu sekolah mendapatka­n dewan yang sebelum ini tidak pernah disalurkan membuahkan hasil.

“Dia pemimpin yang berkaliber kerana selama ini memang sekolah Melayu tidak memperoleh dewan, memang tidak ada dewan di sekolah Melayu sebelum ini.

“Arwah usahakan perkara itu meskipun infrastruk­tur dewan banyak diterima sekolah aliran Cina,” katanya.

Menurutnya, dia mahu pengundi terutama penduduk Tanjung Piai tidak menggadaik­an masa depan kawasan itu disebabkan ego politik.

Terlalu banyak lagi untuk dibawa (pembanguna­n) dan isu itu dibincangk­an meskipun sedar banyak lagi usaha perlu dilakukan”

Norma Mohamed

 ??  ??
 ??  ?? DR Md Farid
DR Md Farid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia