‘Mereka rindu khidmat saya’

Harian Metro - - Lokal -

Pontian: “Mereka (pengundi) masih rindukan khidmat saya,” kata calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Wee Jeck Seng berkongsi pengalaman sepanjang fasa pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di sini.

Wee berkata, hubungan mesra bagaikan bersaudara menyebabka­n khidmatnya sebagai ‘orang lama’ sentiasa ditagih masyarakat.

“Selama ini (ketika berstatus Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal), saya kerap turun padang dari pusat ke pusat bertemu saudara saya (pengundi).

“Bila hilang kerusi ini, saya tidak ada dana dan tidak mampu walaupun setiap hari menerima panggilan daripada masyarakat susah untuk mendapatka­n bantuan,” katanya ketika ditemui di Padang Awam Pontian di sini, semalam.

Menurutnya, penting bagi dirinya mencari jalan membantu insan yang pernah mendapat suntikan darinya suatu masa lalu.

“Tapi saya tidak menghampak­an pengundi, bagi saya inilah hubungan rapat antara kita sesama penduduk

Tanjung Piai,” katanya.

WEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.