Peraturan lebih ketat kekang basikal lajak

Harian Metro - - Lokal -

Kuala Lumpur: Peraturan dan undang-undang baharu yang lebih ketat diperlukan bagi mengekang kegiatan lumba basikal lajak di jalan raya membabitka­n remaja di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, peraturan serta undang-undang baharu itu bagi membolehka­n pihak berkuasa mengambil tindakan penguatkua­saan lebih berkesan dalam menangani masalah berkenaan.

“Bagi menangani isu basikal lajak dalam kalangan remaja, penguatkua­saan undang-undang yang lebih ketat memang sangat diperlukan.

“Kita akan melihat semula peruntukan undang-undang sedia ada dan akan berbincang dengan agensi penguatkua­saan lain bagi mencari kaedah terbaik mengekang masalah itu,” katanya pada sidang media ketika menghadiri Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaia­n Sijil Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Kadet Inspektor Bilangan 5 Siri 1/2019 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.