RON97 naik, RON95 dan diesel kekal

Harian Metro - - Lokal -

Putrajaya: Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter daripada RM2.56 seliter kepada RM2.57 seliter.

RON95 dan diesel kekal masing-masing pada harga RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa 12 tengah malam tadi.

Menurut kenyataan Kementeria­n Kewangan, harga berkenaan bagi tempoh 9 hingga 15 November berdasarka­n penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunaka­n formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Berdasarka­n pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing sepatutnya RM2.27 seliter dan RM2.28 seliter.

“Ini menunjukka­n kenaikan daripada minggu lalu bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.26 seliter, manakala penurunan harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.33 seliter,” katanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.