MELAKA ‘DILANGGAR’ BABI

Populasi spesies Sus scrofa dilapor meningkat sekali ganda

Harian Metro - - Lokal - Oleh Rizanizam Abdul Hamid [email protected] hmetro.com.my

Jumlah populasi babi hutan atau spesies Sus scrofa di Melaka berada pada tahap membimbang­kan susulan peningkata­n sekali ganda berbanding tahun lalu.

Pengarah Jabatan Perlindung­an

Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka Mohd Hasdi Husin berkata, peningkata­n sekali ganda itu menyaksika­n 457 babi hutan dihapuskan dalam 123 operasi sepanjang tahun ini sehingga Oktober lalu.

“Kami menerima 125 aduan membabitka­n 30 lokasi panas yang menjadi tumpuan spesies babi hutan ini yang mengganggu ketenteram­an penduduk.

“Antara kawasan terbabit adalah Bukit Katil, Padang Temu, Semabok dan Masjid Tanah di kawasan hutan berhampira­n kawasan perumahan,” katanya selepas Operasi Kawalan Basmi Babi Hutan Konflik di Pulau Besar di sini, semalam.

Hadir sama, Exco

Pertanian,

Pembanguna­n Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar negeri, Dr Aidi Mohamad.

Mengulas lanjut, Mohd Hasdi berkata, dalam pemerhatia­n dan operasi diadakan sekumpulan 20 hingga 30 babi dikesan namun hanya dua atau tiga ekor dapat dihapuskan kerana kepantasan haiwan itu.

“Tambahan pula, haiwan ini mudah membiak antara empat hingga enam ekor setiap ibu dengan tempoh kehamilan antara 108 hingga 120 hari menyebabka­n populasiny­a meningkat dengan pantas.

“Di kawasan Pulau Melaka sahaja, kami menghapusk­an 26 ekor hidupan liar itu,” katanya.

Terima 125 aduan babit 30 lokasi panas jadi tumpuan spesies

babi hutan

ANGGOTA Perhilitan membawa umpan dalam menjalanka­n Operasi Kawalan Basmi Babi Hutan Konflik di Pulau Besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.