Batal tuntutan balas lima bekas pengarah

Harian Metro - - Lokal -

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam membatalka­n tuntutan balas yang difailkan lima bekas pengarah bukan eksekutif FGV Holdings Bhd terhadap syarikat itu dan 10 pihak lain berhubung dakwaan kerugian dialami membabitka­n pemeroleha­n Asia Plantation Ltd (APL) pada 2014.

Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan FGV dan 10 pihak itu untuk membatalka­n tuntutan balas yang difailkan Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Tan Sri Sulaiman Mahbob, Datuk Nozirah Bahari dan Datuk Fazlur Rahman Ebrahim.

Azimah memutuskan perkara itu di dalam kamarnya dengan kehadiran peguam Andrew Chiew Ean Vooi yang mewakili FGV dan peguam Fahda

Nur Ahmad Kamar yang mewakili kelima-lima individu berkenaan.

Kelima-lima bekas pengarah berkenaan sebelum ini disaman FGV yang menuntut RM514 juta berhubung dakwaan kerugian yang timbul daripada pengambila­lihan atau secara alternatif, ganti rugi atau kehilangan daripada pengambila­lihan APL dan mereka kemudian memfailkan tuntutan balas terhadap saman itu.

Chiew berkata, Azimah membuat keputusan selepas berpendapa­t tuntutan lima individu terbabit tidak berasas.

“Mahkamah memerintah­kan lima bekas pengarah itu membayar kos RM8,000 kepada FGV dan menetapkan tarikh pengurusan kes saman itu pada 14 Januari depan,” katanya.

Lima individu itu selaku plaintif memfailkan tuntutan balas pada 11 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.