Harian Metro

BUKAN SEKALI TAPI DUA

Al-Sultan Abdullah sanggup turun daripada kenderaan rasmi santuni mangsa kemalangan di Cyberjaya

- Oleh Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Sikap prihatin Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi terserlah apabila baginda turun sebanyak dua kali daripada kenderaan rasminya untuk menyantuni mangsa kemalangan di Cyberjaya, pagi semalam.

Perkara itu dikongsi menerusi dua rakaman video berserta dua gambar di laman sosial Instagram, istana_negara jam 11 pagi.

Difahamkan, baginda dalam perjalanan pulang selepas selesai Mesyuarat

Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya sebelum terserempa­k dua kemalangan berkenaan.

Menerusi video pertama yang dikongsi, baginda turun daripada kenderaan untuk bertanyaka­n keadaan mangsa kemalangan di Cyberjaya membabitka­n sebuah kereta Toyota Vios dipercayai terbabas akibat jalan licin.

Kelihatan baginda turut melangkah penghadang besi pembahagi jalan untuk ke laluan bertentang­an bagi bertanya khabar mangsa kemalangan sambil diiringi pegawai istana dan pegawai pengiringn­ya.

Turut kelihatan dalam rakaman video sama adalah Datuk Paduka Maharajela Azuan Effendy Zairakitna­in.

Menerusi rakaman video kedua pula, baginda turun daripada kenderaan untuk bertanyaka­n mangsa kemalangan berhampira­n Plaza Tol Mex, Cyberjaya membabitka­n sebuah kereta Honda City yang dipercayai terbabas akibat jalan licin.

Kelihatan dalam video sama, mangsa kemalangan, petugas tol dan anggota polis trafik yang turut mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama baginda.

Menerusi laman sosial itu, baginda mengingatk­an kepada pemandu supaya memandu berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelak kemalangan.

Ini bukan kali pertama Al-Sultan Abdullah turun daripada kenderaan untuk melihat dan bertanyaka­n khabar mangsa kemalangan malah baginda pernah melakukan perkara sama berhampira­n jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim, 5 Ogos lalu.

Pada 26 Jun lalu, baginda turut membantu mangsa kemalangan di Putrajaya ketika dalam perjalanan menghadiri Mesyuarat Pra-Kabinet dengan Tun Dr Mahathir di Istana Melawati.

Kejadian dikongsi di laman sosial

Instagram, istana_negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia