14,781 duduki rumah Selangorku

Harian Metro - - Lokal -

Shah Alam: Seramai 14,781 pemohon rumah Selangorku menduduki kediaman masing-masing sehingga September lalu sejak ia diperkenal­kan pada 2014.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar negeri, Haniza Talha berkata, sehingga kini 277 projek (121,695 unit) rumah Selangorku diluluskan kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Sehingga 15 Oktober lalu, 38 projek (14,781 unit) Rumah Selangorku siap dibina dan diserahkan kunci,” katanya menjawab pertanyaan mulut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail mengenai projek pembanguna­n rumah Selangorku pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, semalam.

Haniza berkata, 61 projek (22,274 unit) rumah Selangorku dalam pembinaan manakala baki 178 projek (84,640 unit) lagi dalam perancanga­n.

Katanya, sebanyak 192,564 permohonan rumah

Selangorku direkodkan hingga September lalu.

“Seramai 56,782 pemohon yang berdaftar dalam status senarai menunggu dan belum ditawarkan rumah Selangorku,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.