Patricia Evelyn kini Nurul Umairah Zahra

Harian Metro - - Lokal -

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima kehadiran saudara baharu selepas seorang anggotanya memeluk Islam, kelmarin.

Berita itu dikongsi Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu menerusi video berdurasi 26 saat di laman sosial Instagram miliknya, matsabu_official.

“Selamat datang saudara baharu kita anggota lain-lain pangkat berpangkat Prebet Patricia Evelyn Renggei, anak kelahiran Kapit, Sarawak.

“Beliau baharu sahaja memeluk Islam dengan nama Nurul Umairah Zahra Abdullah. Semoga diberikan keberkatan,” tulisnya.

Patricia mengucap dua kalimah syahadah di Surau Al-Hidayah, Kementeria­n Pertahanan sambil disaksikan beberapa anggota ATM

Beliau mengakui tertarik dengan agama Islam sejak zaman persekolah­an dan keinginann­ya semakin kuat apabila ditukarkan dari Jabatan Arah Rekod dan Pencen ke Cawangan Sumber Manusia selain mendapat sokongan penuh daripada pegawai serta rakan sejawat.

Majlis pengislama­n dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan tazkirah ringkas dipimpin Pengarah Agama Markas Tentera Darat, Kolonel Muhamad Azmi Wahab.

NURUL Umairah (dua dari kiri) mengucap kalimah syahadah di depan Muhamad Azmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.