Harian Metro

‘SAYA SEDIA DIKECAM’

Raja Ilya muat naik video mandi sebahagian daripada strategi promosi syampu

- Oleh Rudy Imran Shamsudin imran@mediaprima.com.my

Pelakon, Raja Ilya menjelaska­n sudah bersedia untuk menerima kecaman warganet sebelum memuat naik video memaparkan dia mandi baru-baru ini.

Katanya, video itu sebahagian daripada strategi bagi mempromosi­kan syampu yang digunakan. Menurutnya, video yang menunjukka­n dia mandi itu juga mendapat kebenaran dan persetujua­n daripada suaminya, Trent Garret, warga Australia untuk dimuat naik di laman Instagramn­ya (IG).

“Bukan saya tak berbaju dalam video itu. Saya berpakaian penuh. Sebenarnya apa yang ingin saya ketengahka­n adalah syampu itu bagus untuk rambut.

“Saya hendak menunjukka­n bahawa ia juga tidak menyebabka­n rambut gugur,” katanya pada majlis sidang media filem terbaru lakonannya KL Vampires di Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Selain berlakon, katanya, dia juga menerima banyak tawaran untuk membuat previu produk.

“Bayangkan pengeluar produk yang mengambil saya untuk melakukan previu membayar harga tinggi. Sudah tentu mereka mengharapk­an nilai wang dikeluarka­n itu akan memberikan pulangan dan promosi yang saya lakukan memberi impak.

“Sebagai selebriti yang dipelawa untuk membuat previu produk terbabit, pastinya saya perlu menjadi kreatif atau melakukan perkara berbeza.

“Dalam merancang bagaimana hendak melakukan video yang memberi impak saya ada berbincang dengan suami dan dia berasakan ia menarik serta membenarka­n memuat naik di IG,” katanya.

Katanya, kecaman yang dilemparka­n warganet dengan mengatakan dia berbuat demikian kerana berkahwin dengan ‘mat salleh’ serta sudah melupakan adat dan tata susila adalah tindakan tidak adil sama sekali.

Raja Ilya terima banyak tawaran previu produk

 ??  ?? RAJA Ilya
RAJA Ilya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia