Harian Metro

‘Tak kisah radio tak main lagu saya’

-

Kuala Lumpur: Penyanyi, Azmira Arif tidak lagi menghirauk­an mengenai stesen radio yang tidak memilih untuk memainkan lagunya di stesen radio mereka.

Azmira yang kini hadir dengan single berjudul Pencinta Setia bersyukur kerana walaupun tidak ke udara di radio, lagunya masih mendapat perhatian pendengar.

“Berkenaan stesen radio, takkan saya nak mengamuk letak pisau di leher mereka dan suruh mainkan lagu saya. Jadi, biarkan mereka.

“Kalau mereka tak amanah dalam menjalanka­n tanggungja­wab sehingga menganiaya orang yang benar-benar berusaha, mereka jawablah nanti,” katanya.

Azmira juga tidak menolak bahawa ramai artis yang berdepan nasib sama sepertinya.

“Ramai yang bagi maklum balas positif dan sukakan lagu Pencinta Setia. Ramai juga yang tanya kenapa radio tak mainkan lagu itu.

“Susah saya nak jawab. Bukan saya saja, malah ramai artis lain mengalami nasib yang sama,” katanya.

Walaupun mempunyai kekurangan dari segi percakapan kerana sengau, Azmira tidak pernah meraih simpati menggunaka­n kekurangan­nya itu.

“Saya tak pernah menggunaka­n kekurangan yang ada pada diri bagi meraih simpati sebagai jalan mudah untuk berjaya. Sepuluh tahun saya masih lagi bersabar dan bertahan dalam industri.

“Berkat kesabaran dan usaha saya, syukur alhamdulil­lah rezeki buat masa ini sentiasa ada. Allah melihat usaha dan kesabaran hamba-Nya,” katanya.

Pencinta Setia adalah karya ciptaan penyanyi dan komposer, Asfan Shah, berkolabor­asi bersama Khairul Daniel manakala liriknya pula ditulis oleh Fedtri Yahya.

Sejak dilancarka­n setahun lalu, video muzik Pencinta Setia kini ditonton lebih 400,000 tontonan di YouTube.

 ??  ?? AZMIRA
AZMIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia